Close Menu
  • Automotive
  • Business
    • Crypto
  • Education
  • Fashion
  • Finance
  • Health
    • CBD
  • Home Improvement
  • Law \ Legal
  • News
    • Entertainment
    • Sports
  • Shopping
  • Technology
  • Travel
Facebook X (Twitter) Instagram
AB News Fire – Breaking News and UpdatesAB News Fire – Breaking News and Updates
  • Home
  • Write To Us
  • Automotive
  • Business
    • Crypto
  • Education
  • Fashion
  • Finance
  • Health
    • CBD
  • Home Improvement
  • Law \ Legal
  • News
    • Entertainment
    • Sports
  • Shopping
  • Technology
  • Travel
Home»Automotive»Perodua Ativa Hybrid dikesan di Malaysia – 28 km/l; 106 PS/170 Nm; bakal dilancarkan tidak lama lagi?
Automotive

Perodua Ativa Hybrid dikesan di Malaysia – 28 km/l; 106 PS/170 Nm; bakal dilancarkan tidak lama lagi?

By No Comments3 Mins Read

[ad_1]

Kalau dilihat dari mata kasar, memang tiada yang luar biasa bila terserempak dengan treler yang membawa Perodua Ativa ini. Namun jika diteliti betul-betul, ia bukan Ativa biasa.

Jika dilihat pada bahagian bampar belakang Ativa ini, kelihatan rekaannya berbeza berbanding model Ativa yang dijual buat masa ini. Berbanding memiliki elemen berbentuk-L pada sudut yang bertemu dengan segmen melengkung pada apron bawah, Ativa yang diangkut treler ini mempunyai lampu kabus yang dikelilingi lima-sisi yang diasingkan dari kemasan hitam.

Tapi kalau nak dikatakan Ativa bakal mempunyai suntikan lebih segar, rasanya terlalu baru ia perlu dilakukan memandangkan usianya masih setahun jagung dengan pelancarannya pada Mac tahun lalu. Dan, apa yang ditampilkan pada Ativa yang diangkut oleh treler ini jelas memberikan gambaran ia adalah versi hibrid yang dicanang-canangkan sebelum ini.

Perodua-Ativa-Hybrid-Malaysia-spyshots-5-BM

Perodua-Ativa-Hybrid-Malaysia-spyshots-4-BM

Idea Perodua untuk memperkenalkan Ativa Hybrid bukanlah suatu perkara yang baru. Selepas pelancarannya pada tahun lalu, beberapa bulan kemudian Rocky e:Smart Hybrid dikesan sedang diuji di jalan raya di Malaysia. e:Smart adalah gelaran bagi sistem hibrid yang diberikan oleh Daihatsu. Pada November tahun lalu, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan SUV yang dikesan itu adalah “bagi tujuan penilaian dan kajian” dan “lebih banyak lagi akan didedahkan apabila tiba masanya.”

Nampak gayanya, masa yang dinanti-nanti bakal tiba tidak lama lagi, kerena Ativa yang diangkut dengan treler ini tidak ditutup balutan penyamaran, bahkan ia juga memiliki lencana Perodua. Walau pun Perodua masih belum mengesahkan bila Ativa versi hibrid ini bakal dilancarkan, namun ternyata ada beberapa unit sudah berada dalam stok. Ada khabar angin turut menyatakan hanya sekitar 300 unit sahaja yang akan ditawarkan.

Untuk bahagian hadapannya, kita tidak dapat melihat gambaran yang lebih jelas, namun kelijatan lampu utamanya mirip dengan unit yang ditampilkan pada Rocky. Apa pun, ia memiliki rupa yang agak berbeza dengan kembar versi Jepun itu, yang memiliki gril honeycomb dan potongan segi tiga untuk lampu kabus hadapan dan lampu nyalaan siangnya.

Daihatsu-Rocky-e-Smart-Hybrid-27-e1635819740693-BM

2021-Perodua-Ativa-1.0-Turbo-AV_Ext-4-BM

Daihatsu-Rocky-e-Smart-Hybrid-26-e1635823859769-BM

2021-Perodua-Ativa-1.0-Turbo-AV_Ext-5-BM

Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid (kiri), Perodua Ativa AV (kanan)

Melihat rekaannya yang agak mirip dengan Rocky e:Smart Hybrid (sekurang-kurangnya pada bahagian belakang), mungkin SUV ini adalah model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun sebelum ia di‘rebadged’ di sini. Kod nama bagi Ativa Hybrid ialah D47B, manakala Ativa biasa pula D55L.

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid yang dilancarkan di Jepun pada November lalu, dikuasakan oleh siri sistem hibrid yang ada persamaan dengan cara kerja sistem pada e-Power Nissan. SUV berkenaan dikuasakan oleh motor elektrik 106 PS/170 Nm, dengan enjin WA-VEX 1.2 liter kitaran Atkinson tiga-silinder yang bertindak hanya sebagai generator. Enjin petrolnya menghasilkan 82 PS pada 5,600 rpm dan 105 Nm tork dari 3,200 hingga 5,200 rpm.

Pendekatan ini membolehkan transmisi biasa digugurkan dan digantikan dengan motor pendorong elektrik dan unit motor-generator yang selari untuk tatasusun yang lebih kompak. Sistem e-Smart Hybrid ini menurut Daihatsu akan disertakan juga untuk model kei kar JDM. Kelebihan lain sistem ini adalah bateri lithium-ion (4.3 Ah) bersaiz kecil dan cekap kos.

Daihatsu-Rocky-e-Smart-Hybrid-24-e1635823653361-BM

Daihatsu-Rocky-e-Smart-Hybrid-25-e1635823774587-BM

sistem Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid

Rocky Hybrid juga datang dengan “Smart Pedal” untuk membolehkan kendalian pedal tunggal, dengan mod normal dan eco akan mempunyai respon pendikit yang berbeza. Penebat bunyi yang lebih baik untuk bonet dan di bawah enjin dan papan pemuka mengurangkan lagi bunyi enjin ke dalam kabin. Kadar penggunaan minyak bagi Rocky e-Smart Hybrid ini adalah 28 km/l (3.6 liter per 100 km) menggunakan kitaran WLTP.

Di Jepun, Rocky e:Smart Hybrid ditawarkan dengan dua varian yang dijual pada harga 2.116 juta yen (RM69,577)dan diikuti dengan varian tertinggi Premium berharga 2.347 juta yen (RM77,172). Untuk model semasa Ativa, ia diberikan enjin 1KR-VET 1.0 liter pengecas turbo tiga-silinder yang berharga antara RM62,500 dan RM72,600.



[ad_2]

Source link

Related Posts

The Rise of Autonomous Driving in Automotive Technology

November 14, 2025

The Future of the Automotive Industry: Innovation, Sustainability, and Market Shifts

August 11, 2024

No new Perodua Bezza in 2023 – only one full model change per year, and that’s the Axia, CEO confirms

January 31, 2023

Comments are closed.

Our Picks

How Tech Is Revolutionizing Remote Work Environments

June 12, 2026

Smart Travel Hacks for Comfortable and Affordable Trips

June 10, 2026

Financial Wellness Programs and Their Benefits

May 22, 2026

The Rise of Personalized Shopping Experiences Online

May 9, 2026
Recent Posts
  • How Tech Is Revolutionizing Remote Work Environments June 12, 2026
  • Smart Travel Hacks for Comfortable and Affordable Trips June 10, 2026
  • Financial Wellness Programs and Their Benefits May 22, 2026
  • The Rise of Personalized Shopping Experiences Online May 9, 2026
  • Fashion Accessories That Complete Every Outfit Perfectly April 12, 2026
Archives
  • June 2026 (2)
  • May 2026 (2)
  • April 2026 (1)
  • March 2026 (1)
  • February 2026 (1)
  • January 2026 (1)
  • December 2025 (1)
  • November 2025 (1)
  • September 2025 (1)
  • August 2025 (1)
  • April 2025 (1)
  • March 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • October 2024 (1)
  • August 2024 (1)
  • June 2024 (3)
  • March 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (1)
  • November 2023 (1)
  • September 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (17)
  • October 2022 (762)
  • September 2022 (1137)
  • August 2022 (1202)
  • July 2022 (1323)
  • June 2022 (1266)
  • May 2022 (2)
  • September 2021 (1)
Categories
  • Automotive (1,677)
  • Business (597)
  • Casino (10)
  • CBD (10)
  • Crypto (644)
  • Education (15)
  • Entertainment (10)
  • Fashion (114)
  • Finance (72)
  • Health (38)
  • Home Improvement (17)
  • Law \ Legal (259)
  • News (1,457)
  • Pet (1)
  • Shopping (757)
  • Sports (1)
  • Technology (42)
  • Travel (18)
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
  • Home
  • Write To Us
© 2022- AB News Fire- All Rights Reserved.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.