[ad_1]
Setelah undian dibuka hari ini, nampaknya wakil negara dalam Hot Wheels Legend Tour 2022, Proton Suprima S milik William Chong dari Nilai, Negeri Sembilan kini sedang mendahului untuk rantau Asia Pasifik. Nampaknya impian kita untuk melihat sebuah Proton yang dijelmakan sebagai kereta mainan Hot Wheels skala 1/64 dan dijual di seluruh dunia kini semakin hampir!
Bagi Hot Wheels Legends Tour 2022 ini, pertandingan untuk peringkat global dibahagikan kepada empat rantau iaitu Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik. Suprima S ini merupakan pemenang untuk peringkat Malaysia dan sekaligus terpilih sebagai finalis untuk bertanding di peringkat Asia Pasifik.
Kereta yang menang untuk setiap rantau berpeluang bagi ditransformasikan menjadi kereta mainan Hot Wheels skala 1/64, dan ia akan dijual bersama kereta-kereta Hot Wheels yang lain di seluruh dunia. Macam mana nak mengundi? Undian telahpun bermula hari ini di laman Instagram, atau lebih spesifik IG Stories yang boleh anda buat pada PAUTAN INI.
Proton Suprima S ini menggunakan kit badan lebar rekaan pengeluar kit badan tempatan, JWide Bodykits, iaitu pengeluar yang sama menghasilkan kit badan lebar untuk Proton X50 sebelum ini. Ia digandingkan dengan rim Rays CE28 18-inci, dan badannya direndahkan juga dengan suspensi boleh laras keluaran tempatan, F-Tuned GT Series.
Ia masih menggunakan enjin asal 1.6 liter CFE Turbo bersama kotak gear CVT, tetapi telah menerima pelbagai ubahsuai seperti sistem ekzos prestasi tinggi, talaan komputer menggunakan Racechip dan pelbagai lagi.
[ad_2]
Source link