[ad_1]
Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan Mercedes me Store yang menawarkan beberapa servis tambahan untuk semua kenderaannya. Ia adalah tambahan kepada servis Mercedes me yang diperkenalkan pada tahun 2019, yang didatangkan dengan aplikasi khas untuk peranti iOS dan Android. Dilancarkan bersama dengan model facelift GLC dan GLC Coupe, ia membolehkan pemilik Mercedes-Benz untuk berhubung secara terus dengan kenderaan mereka.
Dengan adanya Mercedes me Store baharu ini membolehkan pelanggan membeli atau melanggan pakej yang boleh disepadukan dengan kenderaan mereka bagi mengaktifkan beberapa fungsi. Ini termasuklah Remote Package, yang membolehkan beberapa ciri telematik seperti mengunci dan membuka kunci pintu, tingkap dan bumbung suria secara kawalan, kawalan suhu pra-kemasukan, pengesan kenderaan, geofencing dan banyak lagi.
Ia juga diberikan Navigation Package yang membolehkan panduan laluan dinamik berdasarkan data masa nyata. Kedua-dua Remote Package dan Navigation Package ini juga boleh dikombinasi dalam pilihan dua-dalam-satu yang dipanggil Excellence Package.
Untuk makluman, pakej Remote dan Navigation diberikan standard untuk kereta yang ada Mercedes me, dengan beberapa pengecualian termasuk model asas A200 yang tidak ditmpilkan dengan Navigation Package. Memandangkan Mercedes me dilancarkan pada penghujung tahun 2019, pakej pada kenderaan sekitar tempoh itu berkemungkinan sudah tamat tempoh langgannnya. Maka Mercedes me Store menyediakan cara untuk memperbaharuinya. Beberapa model yang lebih terkini turut disertakan dengan langganan aktif yang perlu diperbaharui apabila tempoh tamat.
Ciri tambahan lain termasuklah Individualisation Package yang meliputi Sound Experience dan permainan mini; Remote & Navigation Services untuk mengubah status pengecasan dan navigasi ke stesen pengecasan, manakala Hard Disc Navigation untuk akses tanpa had kepada semua data peta hasil storan fizikal secara offline. Selain itu, ia juga ada AMG Track Pace untuk penyimpanan data prestasi, yang telah pun diberikan secara standard untuk model AMG 45 dan 63, tetapi kini boleh diaktifkan untuk model 35 dan 43.
Bergantung pada pakej, pengguna boleh membuat pembelian dengan sekali pembayaran sahaja atau melanggan secara pelan satu- atau tiga-tahun. Berikut adalah senarai lengkap pakej yang disediakan berserta dengan harganya (termasuk cukai perkhidmatan sebanyak 6%):
- Remote Package – RM389 untuk langganan satu-tahun, RM914 untuk langganan tiga-tahun
- Navigation Package – RM608 untuk langganan satu-tahun, RM1,438 untuk langganan tiga-tahun
- Excellence Package (termasuk pakej Remote dan Navigation) – RM869 untuk langganan satu-tahun, RM2,049 untuk langganan tiga-tahun
- Individualisation Package – RM400 untuk langganan satu-tahun, RM933 untuk langganan tiga-tahun
- Remote & Navigation Services – RM220 untuk langganan tiga-tahun
- Hard Disc Navigation – untuk pengaktifan dengan yuran sekali sahaja bernilai RM3,466
- AMG Track Pace – untuk pengaktifan dengan yuran sekali sahaja bernilai RM1,120
Mercedes-Benz Malaysia menyatakan bahawa perkhidmatan keselamatan dan penyelenggaraan penting yang disediakan semasa Mercedes me dilancarkan, seperti SOS E-call, pengurusan baik pulih/kerosakan kemalangan dan telediagnostik, akan kekal percuma.
“Sejak dilancarkan di pasaran tempatan pada 2019, Mercedes me Connect telah menyediakan pengalaman digital yang mudah dengan tawaran yang dibuat khusus sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan lagi pengalaman pemanduan dan keselesaan pemilikan pelanggan kami,” kata Edmin Naidoo, timbalan presiden bagi perkhidmatan pelanggan di Mercedes-Benz Cars, Malaysia dan SEA II.
Tambahnya lagi, “Mercedes me Connect bagaikan teman rapat pemilik Mercedes-Benz di Malaysia yang menjadikan kehidupan seharian lebih mudah. Dengan hampir 100% kadar gandingan pada Mercedes me Connect, kami yakin pelanggan sedia ada dan akan datang bakal melihat nilai dan menghargai pengalaman digital baharu.”
[ad_2]
Source link