[ad_1]
Kawan aku punya bini accident. Kes Honda tak bagi signal. Katanya kes langgar lari. Pinggang rider tu retak. pic.twitter.com/Iac77xX5JL
— mugiwara (@pidotsama) October 10, 2022
Muncul di media sosial sebuah lagi rakaman dashcam yang menunjukkan kejadian malang ketika di jalan raya Malaysia. Kali ini, seorang penunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta di Lebuhraya Sultan Iskandar, berdekatan bangunan Parlimen, menyebabkannya terjatuh dan tergelongsor atas jalan.
Sebuah Chevrolet Optra pula kelihatan dapat mengelak penunggang berkenaan, yang sedang bangun dari atas jalan, tetapi sebuah Alza yang berada di belakang pula kelihatan seperti dapat berhenti di hadapan penunggang terbabit, tetapi kemudian dilanggar dari arah belakang dan ia melanggar pula penunggang tadi.
Dalam klip dashcam kedua pula lebih mengerikan. Sebuah Perodua Bezza membrek dengan kuat di lorong tengah laluan, hampir berhenti sepenuhnya. Jelas ini bukanlah tindakan yang perlu, kerana penunggang telah beralih ke lorong paling kanan, membiarkan lorong tengah kosong. Memang perlu mengelak, tetapi untuk berhenti di tengah lorong yang kenderaannya sedang bergerak laju juga bukanlah satu tindakan bijak.
Ni dashcam dari kereta blkg. Brabus pulak tu… pic.twitter.com/FF5ZLLxodA
— mugiwara (@pidotsama) October 10, 2022
Sebuah Mercedes-Benz G-Class dengan kit Brabus kemudiannya bertindak balas terhadap Bezza yang berhenti itu dengan membelok ke lorong kanan. Malangnya, walaupun dapat mengelak Bezza tersebut, ia tetap melanggar sebuah Alza biru pula, yang kemudiannya terlonjak ke depan dan melanggar penunggang. Apa yang awalnya penunggang mungkin hanya akan terkesan dengan cedera ringan, kesudahan kejadian ini menyebabkan penunggang terbabit cedera lebih teruk.
Situasi ini adalah akibat daripada kecuaian semua pihak yang terlibat. Kemalangan memang akan berlaku, tetapi kita boleh jadi lebih peka dan berhati-hati untuk mengelak kejadian seumpama itu sebelum ia berlaku. Peka terhadap persekitaran, dan bertimbang rasa terhadap pengguna jalan yang lain.
[ad_2]
Source link