Close Menu
  • Automotive
  • Business
    • Crypto
  • Education
  • Fashion
  • Finance
  • Health
    • CBD
  • Home Improvement
  • Law \ Legal
  • News
    • Entertainment
    • Sports
  • Shopping
  • Technology
  • Travel
Facebook X (Twitter) Instagram
AB News Fire – Breaking News and UpdatesAB News Fire – Breaking News and Updates
  • Home
  • Write To Us
  • Automotive
  • Business
    • Crypto
  • Education
  • Fashion
  • Finance
  • Health
    • CBD
  • Home Improvement
  • Law \ Legal
  • News
    • Entertainment
    • Sports
  • Shopping
  • Technology
  • Travel
Home»Automotive»‘Proton’ Stevens Cipher Coupe 1996 di lelong di UK; kereta sport guna sistem mekanikal dari Putra!
Automotive

‘Proton’ Stevens Cipher Coupe 1996 di lelong di UK; kereta sport guna sistem mekanikal dari Putra!

By No Comments4 Mins Read

[ad_1]

Laman lelongan kenderaan di United Kingdom, Car and Classic telah menyenaraikan sebuah kereta sport dua pintu Stevens Cipher Coupe untuk di lelong bermula 21 Oktober ini.

Jika anda lihat dengan teliti, bahagian luar kereta sport ini dihasilkan dengan pelbagai komponen dari Proton era 90’an termasuk pembuka pintu, cermin sisi, lampu isyarat membelok fender hadapan, dan yang paling jelas adalah rim 14-inci lima jejari dengan penutup tengah bertulis ‘Proton’!

Kereta apa sebenarnya Stevens Chiper Coupe ni? Adakah ia projek rahsia dari Proton dari era berkenaan seperti jentera rali Proton Putra WRC? Kereta ini sebenarnya dihasilkan oleh Stevens Motors Company pada tahun 1996, iaitu syarikat milik Profesor Tony Stevens, seorang jurutera mekanikal dari UK. Chiper Coupe ini merupakan prototaip terakhir yang dihasilkan oleh Stevens dan dirancang untuk diproduksi secara besar-besaran, melibatkan kerjasama dari Proton.

Sebelum menghasilkan prototaip Chiper Coupe ini, Prof. Stevens pernah menghasilkan beberapa prototaip Chiper Roadster, antaranya menggunakan sistem mekanikal dari kereta Reliant Kitten dan juga Lada Samara. Prototaip-prototaip berkenaan pernah dibawa ke beberapa Motor Show di UK, namun Stevens tidak berjaya mendapatkan pelabur untuk merealisasikan projek produksinya.

Untuk Chiper Coupe ini, seperti yang anda boleh lihat, ia menggunakan kelengkapan mekanikal dari model Proton, secara spesifiknya model coupe Proton Putra. Namun Stevens sebenarnya menghasilkan kerangka logam tiub yang dikimpal rekaannya sendiri, bersama badan yang juga rekaan aslinya sendiri dihasilkan dengan material gentian kaca GRP, tetapi digandingkan dengan sistem rangkaian kuasa, mekanikal dan pelbagai komponen luaran dan dalaman yang diambil terus dari Proton Putra.

Kerangka berkenaan direka bagi memuatkan enjin 4G93P 1.8 liter DOHC bersama kotak gear manual lima kelajuan dari Putra, dan ia masih dipasang melintang dalam konfigurasi enjin hadapan pacuan hadapan. Padanan ini membolehkan Stevens Chiper Coupe berkenaan mencapai kelajuan maksima 220 km/j.

Badan Coupe ini direka sebagai sebuah kereta sport sebenar dengan asas bentuk ‘dua-kotak’ (tanpa ekor di belakang), bersama muncung yang tirus dan tajam, garis bumbung landai ke belakang serta garis but yang agak tinggi. Ia diberikan lampu hadapan bulat berkembar yang ‘tertanam’ bagi mengekalkan ciri aerodinamik pada bahagian muncung, serta lampu bulat tunggal dibelakang dengan pintu hatch yang boleh dibuka sebagai sebuah liftback.

Kabin Chiper Coupe ini menampilkan hampir keseluruhan komponen yang diambil terus dari Proton Putra. Ia termasuk papan pemuka, tempat duduk hadapan Recaro, tempat duduk belakang, sistem audio dengan pemain kaset Blaupunkt, konsol terowong tengah dan tombol gear. Namun tidak kelihatan roda stereng Momo dari Putra pada Chiper Coupe ini, tetapi diberikan roda stereng empat jejari dengan beg udara.

Walau pintu Coupe ini tidak diberikan panel dalaman yang sama dengan Putra kerana berlainan bentuk, ia masih diberikan pembuka pintu dan pembuka tingkap manual dengan model-model Proton era 90’an.

Hanya sebuah Stevens Chiper Coupe ini pernah dibina, dan semestinya ia sangat-sangat rare. Jarak perjalanan yang dicatatkan hanya 1,911 batu (3,075 km) dan menurut Car and Classic, unit ini masih lagi dalam keadaan asli tanpa sebarang perubahan. Ia dibeli dari Prof. Stevens sendiri ketika beliau menutup syarikatnya.

Jika anda lihat pada roda kereta ini, rim 14-inci lima jejari dari Proton Putra berkenaan masih dibalut dengan tayar Sime Tyres Monza HR7 ‘Made in Malaysia’ yang dikilangkan pada minggu-16 tahun 1996! Sekiranya anda berjaya membida kereta ini kelak, anda akan turut menerima set manual asli dari Proton dan juga lukisan rekaan asal Cipher Coupe ini yang dilukis dan ditandatangani oleh Prof. Stevens sendiri.

Prof. Tony Stevens pernah menyatakan bahawa Cipher Coupe ini merupakan “kereta terbaik yang pernah dihasilkan olehnya”. Sekiranya projek ini diteruskan dahulu, ia mungkin diproduksi di kilang Proton Shah Alam, dengan sasaran produksi sebanyak 50,000 unit! Namun hasrat terakhir Prof. Stevens tersebut tidak kesampaian kerana projek ini terpaksa dihentikan akibat kegawatan ekonomi yang berlaku ketika itu.



[ad_2]

Source link

Related Posts

The Rise of Autonomous Driving in Automotive Technology

November 14, 2025

The Future of the Automotive Industry: Innovation, Sustainability, and Market Shifts

August 11, 2024

No new Perodua Bezza in 2023 – only one full model change per year, and that’s the Axia, CEO confirms

January 31, 2023

Comments are closed.

Our Picks

How Tech Is Revolutionizing Remote Work Environments

June 12, 2026

Smart Travel Hacks for Comfortable and Affordable Trips

June 10, 2026

Financial Wellness Programs and Their Benefits

May 22, 2026

The Rise of Personalized Shopping Experiences Online

May 9, 2026
Recent Posts
  • How Tech Is Revolutionizing Remote Work Environments June 12, 2026
  • Smart Travel Hacks for Comfortable and Affordable Trips June 10, 2026
  • Financial Wellness Programs and Their Benefits May 22, 2026
  • The Rise of Personalized Shopping Experiences Online May 9, 2026
  • Fashion Accessories That Complete Every Outfit Perfectly April 12, 2026
Archives
  • June 2026 (2)
  • May 2026 (2)
  • April 2026 (1)
  • March 2026 (1)
  • February 2026 (1)
  • January 2026 (1)
  • December 2025 (1)
  • November 2025 (1)
  • September 2025 (1)
  • August 2025 (1)
  • April 2025 (1)
  • March 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • October 2024 (1)
  • August 2024 (1)
  • June 2024 (3)
  • March 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (1)
  • November 2023 (1)
  • September 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (17)
  • October 2022 (762)
  • September 2022 (1137)
  • August 2022 (1202)
  • July 2022 (1323)
  • June 2022 (1266)
  • May 2022 (2)
  • September 2021 (1)
Categories
  • Automotive (1,677)
  • Business (597)
  • Casino (10)
  • CBD (10)
  • Crypto (644)
  • Education (15)
  • Entertainment (10)
  • Fashion (114)
  • Finance (72)
  • Health (38)
  • Home Improvement (17)
  • Law \ Legal (259)
  • News (1,457)
  • Pet (1)
  • Shopping (757)
  • Sports (1)
  • Technology (42)
  • Travel (18)
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
  • Home
  • Write To Us
© 2022- AB News Fire- All Rights Reserved.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.