Close Menu
  • Automotive
  • Business
    • Crypto
  • Education
  • Fashion
  • Finance
  • Health
    • CBD
  • Home Improvement
  • Law \ Legal
  • News
    • Entertainment
    • Sports
  • Shopping
  • Technology
  • Travel
Facebook X (Twitter) Instagram
AB News Fire – Breaking News and UpdatesAB News Fire – Breaking News and Updates
  • Home
  • Write To Us
  • Automotive
  • Business
    • Crypto
  • Education
  • Fashion
  • Finance
  • Health
    • CBD
  • Home Improvement
  • Law \ Legal
  • News
    • Entertainment
    • Sports
  • Shopping
  • Technology
  • Travel
Home»Automotive»Toyota Hilux Double Cab 2.4E MT 4×4 – RM111k, varian manual kini kembali, spesifikasi lebih baik dari auto!
Automotive

Toyota Hilux Double Cab 2.4E MT 4×4 – RM111k, varian manual kini kembali, spesifikasi lebih baik dari auto!

By No Comments3 Mins Read

[ad_1]

*Gambar ini adalah Toyota Hilux 2.8 Rouge

Mac lalu, UMW Toyota telah pun menggugurkan varian 2.4G MT 4×4 untuk trak pikap Toyota Hilux – bermakna kesemua varian Double Cab hanya didatangkan dengan kotak gear automatik, dan versi dengan transmisi manual hanya boleh dipilih menerusi varian Single Cab. Tetapi nampaknya pilihan kotak gear manual sudah boleh dipilih kembali untuk Hilux Double Cab selepas UMWT memperkenalkan varian baharu Double Cab 2.4E MT 4×4.

Varian 2.4E MT 4X4 ini menjadi varian paling murah untuk Hilux Double Cab buat masa sekarang, dan ia berkongsi beberapa spesifikasi dengan Double Cab 2.4E AT 4X4. Varian paling tinggi untuk versi dengan enjin 2.4L masih kekal 2.4V AT 4X4, diikuti varian paling tinggi untuk Hilux di Malaysia iaitu model 2.8 Rogue.

Kesemua model dengan enjin 2.4L menerima enjin turbodiesel 2GD-FTV berkuasa 150 PS dan tork maksima bermula 1,600 hingga 2,000 rpm. Model dengan transmisi manual diberikan kotak gear enam-kelajuan, manakala versi automatik pula menerima kotak gear enam-kelajuan dengan mod manual.

*Gambar ini adalah Toyota Hilux 2.8 Rouge

Seperti 2.4E AT, model 2.4E MT ini menerima rim aloi 17-inci bersama tayar all-terrain 265/65R17, serta diberikan tayar gantian dengan rim besi. Berbeza dengan model V, varian lebih tinggi berkenaan diberikan rim aloi 18-inci dengan tayar HT. Malah model V dan Rogue turut diberikan tayar gantian dengan rim aloi yang sama.

Toyota Hilux 2.4E MT 4X4 ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM110,880, atau sekitar RM1k lebih murah dari 2.4E AT. Walau bagaimanapun, model E MT ini sebenarnya diberikan perincian yang lebih baik dari E AT dengan penambahan kelengkapan yang hampir sama dengan model V yang dijual pada harga RM136,880.

Senarai harga Toyota Hilux 2022 pasaran Malaysia, klik untuk besarkan

Perincian tambahan untuk 2.4E MT yang tiada pada model 2.4E AT ini termasuk lampu kabus depan LED, kemasan krom pada gril hadapan, cermin sisi dan bampar belakang, panel meter Optitron dengan paparan pelbagai info 4.2-inci, sistem infotainmen Display Audio dengan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto, roda stereng balutan kulit, sistem kemasukan tanpa kunci, fungsi auto naik/turun untuk setiap tingkap dan kamera undur.

Apa yang ditawarkan oleh UMW Toyota ini amat berlainan dan jarang untuk dijumpai buat masa sekarang. Ini kerana biasanya model-model dengan kotak gear manual di Malaysia dijual dengan spesifikasi ‘kosong’. Hilux 2.4E MT ini pula bukan sahaja lebih murah dari 2.4E AT, malah kelengkapan yang diberikan pula adalah jauh lebih mewah!

GALERI: Toyota Hilux 2.8 Rouge pasaran Malaysia



[ad_2]

Source link

Related Posts

The Rise of Autonomous Driving in Automotive Technology

November 14, 2025

The Future of the Automotive Industry: Innovation, Sustainability, and Market Shifts

August 11, 2024

No new Perodua Bezza in 2023 – only one full model change per year, and that’s the Axia, CEO confirms

January 31, 2023

Comments are closed.

Our Picks

How Tech Is Revolutionizing Remote Work Environments

June 12, 2026

Smart Travel Hacks for Comfortable and Affordable Trips

June 10, 2026

Financial Wellness Programs and Their Benefits

May 22, 2026

The Rise of Personalized Shopping Experiences Online

May 9, 2026
Recent Posts
  • How Tech Is Revolutionizing Remote Work Environments June 12, 2026
  • Smart Travel Hacks for Comfortable and Affordable Trips June 10, 2026
  • Financial Wellness Programs and Their Benefits May 22, 2026
  • The Rise of Personalized Shopping Experiences Online May 9, 2026
  • Fashion Accessories That Complete Every Outfit Perfectly April 12, 2026
Archives
  • June 2026 (2)
  • May 2026 (2)
  • April 2026 (1)
  • March 2026 (1)
  • February 2026 (1)
  • January 2026 (1)
  • December 2025 (1)
  • November 2025 (1)
  • September 2025 (1)
  • August 2025 (1)
  • April 2025 (1)
  • March 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • October 2024 (1)
  • August 2024 (1)
  • June 2024 (3)
  • March 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (1)
  • November 2023 (1)
  • September 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (17)
  • October 2022 (762)
  • September 2022 (1137)
  • August 2022 (1202)
  • July 2022 (1323)
  • June 2022 (1266)
  • May 2022 (2)
  • September 2021 (1)
Categories
  • Automotive (1,677)
  • Business (597)
  • Casino (10)
  • CBD (10)
  • Crypto (644)
  • Education (15)
  • Entertainment (10)
  • Fashion (114)
  • Finance (72)
  • Health (38)
  • Home Improvement (17)
  • Law \ Legal (259)
  • News (1,457)
  • Pet (1)
  • Shopping (757)
  • Sports (1)
  • Technology (42)
  • Travel (18)
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
  • Home
  • Write To Us
© 2022- AB News Fire- All Rights Reserved.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.