[ad_1]
Kini dengan Toyota Vios generasi keempat sudah pun diperkenalkan buat pertama kalinya di Thailand (dikenali sebagai Yaris Ativ di sana), Theophilus Chin telah pun menggunakan rekaan sedan segmen B itu sebagai inspirasi untuk menghasilkan bayangan Yaris generasi baru.
Di Malaysia, Yaris adalah kembar kepada Vios, dengan rekaan hadapan yang sama, tetapi bahagian belakangnya berbeza dengan Yaris menggunakan bentuk hatchback dan Vios sebagai sedan. Dengan mengikuti konsep ini, Theo mengekalkan bahagian depan Vios baru dan mengubah suai secara digital bahagian belakang selepas tiang tengah.
Juga dapat dilihat Theo menerapkan bentuk belakang dari Volkswagen Polo Mk6, dan antara pelarasan yang dibuat adalah seperti garis bumbung yang lebih rata, seterusnya membawa kepada cermin pintu belakang yang lebih tinggi, serta cermin belakang yang lebih menegak. Bampar belakang yang direka oleh Theo tidak mempunyai kemasan seakan bukaan udara serta diffuser seperti pada model Vios baru.
Pada bahagian lain, lampu asal Polo telah diganti dengan lampu baru yang telah mempunyai elemen sama seperti Vios generasi keempat, siap dengan jalur kemasan yang menyambungkan kedua-dua bahagian, dan di tengahnya terdapat logo Toyota.
Dalam pasaran, Yaris bersaing dengan Honda City Hatchback, yang mana dari namanya sudah diketahui juga adalah versi hatchback bagi model sedan City. Apa pendapat anda dengan lukisan digital Theo ini? Adakah ia cukup menarik jika menjadi kenyataan?
[ad_2]
Source link